About Me

My photo
Seorang yang simple..Mudah untuk didekati..mesra..

Followers

Powered by Blogger.

Monday, November 29, 2010

BiLa CiNtA

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Friday, November 26, 2010

~Cinta Agung~

  • Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika
  • Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
  • Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali
  • Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta
  • Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang
  • Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki
  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
  • Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya
  • Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda
  • Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan

Saturday, November 13, 2010

Rindu

Ya Allah... .
Bila hati ini merindu... 
padaMu aku mengadu... 
Bila jiwa ini resah gelisah
PadaMu jua aku berserah..

Ya Allah... 
Aku hanyalah hambaMu yang lemah
Seringkali aku tersungkur di lembah
Dalam mencari nilai sebuah kemanusiaan
Dalam mengenal erti sebuah kehidupan

Ya Allah,
Aku cukup mentah untuk mengutip kesabaran
Lantaran sering ditempiaskan oleh kemarahan
Akhirnya rebah sendiri di batas kekesalan... .

Ya Allah... 
Bantulah aku mencari kasihMu
kerana kutahu... .
Aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah
Yang hanya padaMu cintanya tercurah!
Pun jua bukan Siti Khadijah
Isteri kecintaan Rasulullah... !
Lalu nun disana... 
hati ini berbicara... 

"Ya Allah... ... ... 
Masih adakah lagi insan yang seperti mereka..
Sanggup pertaruhkan kesenangan dunia... 
Yang cukup mudah melafazkannya
tapi sukar untuk dikota... ... ?"